"Wang adalah kunci kepada kebahagiaan". Adakah anda setuju ? Mengapa?
Wang adalah seusuatu yang sangat penting bagi manusia untuk menjalani kehidupan yang baik dan bahagia. Wang tidak seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Dalam masyarakat sekarang, kita tidak boleh hidup tanpa menggunakan wang. Wang merupakan pertukaran yang penting untuk makanan, tempat tinggal dan pakaian. Ramai orang percaya bahawa wang adalah punca segala kejahatan. Tetapi bertentangan dengan pendapat tersebut, saya percaya dan bersetuju bahawa wang adalah kunci kebahagiaan manusia. Wang telahpun menjadi sesuatu yang sangat penting dan diperlukan dalam kehidupan kita apabila manusia mula menggunakan wang untuk pertukaran barangan dan perkhidmatan dan bukan hanyalah pertukaran barang antara satu sama lain semasa zaman perdagangan barter. Manusia bekerja kuat untuk mendapatkan pendapatan yang dapat membolehkan mereka untuk makan, tinggal dan juga menikmati keseronokan yang boleh diperolehi hanya melalui wang. Pada zaman sekarang, wang dapat meningkatkan kedudukan seseorang manusia. Mereka boleh menggunakan wang untuk membeli barang dan perkhidmatan yang mereka suka untuk memuaskan kepuasan mereka. Sebagai contohnya, I-phone, Samsung S7 dan sebagainya.
Di samping itu, dalam banyak negara-negara miskin seperti Afrika, Kemboja, Laos, Vietnam dan negara lain, berjuta-juta orang hidup dalam kesengsaraan kerana kemiskinan yang melampau. Oleh itu, wang sangat penting untuk kita untuk berhidup dalam zaman masyarakat sekarang. Banyak orang berkerja kuat sampai mengorbankan masa untuk berteman keluarga adalah hanya untuk mendapatkan wang yang lebih banyak untuk menanggung kos kehidupan yang semakin tinggi seperti makanan, pendidikan dan lain-lain. Walaubagaimanapun, kita mestilah mendapatakan wang dengan cara-cara yang diikat di sisi undang-undang dan betul supaya dapat mengekalkan standard hidup yang baik. Ramai ibu bapa mengakui bahawa mereka bekerja keras di tempat kerja adalah supaya boleh menyediakan susuatu suasana yang selesa dan stabil untuk anak mereka. Wang terutamanya datang berguna apabila seorang ahli keluarga menghidapi penyakit dan memelurkan banyak wang tunai untuk rawatan.
Selain itu, sudah tentulah terdapat orang akan melakukan perkara-perkara yang tidak betul untuk menjadi kaya dengan cepat seperti rompakan, pembunuhan, penipu dan sebagainya. Walau bagaimanapun, ini tidak boleh memberikan mereka kebahagiaan atau ketenangan fikiran tetepi hanya akan membawa kesediaan dan kesusahan kepada mereka apabila mereka ditangkap oleh pihak-pihak tertentu. Oleh itu, kita mestilah menggunakan cara yang betul untuk mendapatkan wang yang penting untuk kita.
Kesimpulannya, wang akan sentiasa dilihat sebagai suatu yang paling atau sekurang-kurangnya salah satu kunci yang membawa kebahagiaan. Wang telahpun menjadi sebahagian daripada apa yang mentakrifkan kita sebagai manusia kerana ia membolehkan kita untuk menjalani kehidupan yang bermaruah, kebahagiaan dan kepuasan.


No comments:
Post a Comment