Penggunaan telefon pintar telah menjadi sebahagian yang tidak terpisah daripada kehidupan seharian rakyat hampir di semua peringkat umur. Menurut kajian selidik, 91% daripada penduduk dunia memiliki peranti mudah alih. Orang muda mempunyai keperluan yang paling kuat dalam peranti mudah alih. Selain itu, orang muda yang berusia di antara 18-24 tahun melaporkan bahawa mereka tidak dapat menjalankan kerja harian mereka tanpa telefon pintar mereka. Hal ini adalah kerana telefon pintar mereka memainkan peranan penting dalam pelbagai proses seperti komunikasi dengan rakan-rakan dan keluarga, kerja, kajian, membaca berita dan lain-lain. Secara purata, seseorang menghabiskan 3 jam sehari dalam menggunakan teknologi mudah alih . Oleh itu, telefon pintar adalah penting dalam masyarakat sekarang.
Telefon pintar telah memainkan peranan yang penting dalam pelbagai aktiviti dan ia juga telah membawa banyak kelebihan yang unik dan istimewa. Walaubagaimanpun, telefon pintar juga boleh menjadi berbahaya terhadap manusia seperti dalam kesihatan, fizikal dan kebolehan mental. Oleh itu, terdapat beberapa soalan telahpun ditanyakan. Sebagai contohnya, "di mana dan bagaimana orang menggunakan telefon pintar", "apakah aplikasi adalah lebih baik", "bagaimanakah penggunaan mempengaruhi irama kehidupan mereka", "apakah kelebihan utama alat dan apakah ancaman tersembunyi penggunaan berterusan mereka " dan sebagainya. Persoalan tersebut adalah amat penting pada masa kini.
Menurut kajian selidik, 50% daripada pengguna telefon pintar telah menjadi pengguna Internet. Hubungan antara telefon pintar dengan Internet adalah wujud di pelbagai aspek seperti gaya hidup, bidang pekerjaan, umur, status sosial dan sebagainya. Secara umumnya, aplikasi yang paling kerap digunakan adalah rangkaian sosial, berita dan permainan. Di samping itu, fungsi telefon pintar telah dibahagikan kepada masa tertentu. Hal ini telah ditunjukkan dalam pengguna mungkin menggunakan telefon pintar mereka dalam membaca berita pada waktu pagi manakala telefon pintar mungkin diggunakkan dalam menonton video dan mendengar musik pada waktu petang. Setersunya, terdapat suatu perkara yang menarik iaitu, bahawa seseorang menggunakan telefon pintar mereka terutamanya apabila mereka berada di rumah untuk rangkaian sosial, menonton video dan bermain permainan. Hanya sedikit pegguna akan menggunakan telefon pintar mereka semasa di tempat kerja. Selain itu, telefon pintar boleh diggunakan dalam melaksanakan fungsi bermaklumat, interaktif dan menghiburkan, membantu pengguna semasa perancangan kerja, tugas memenuhi travel dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, pakar-pakar juga memberi amaran kepada pengguna bahawa pelbagai bahaya boleh ditemui semasa mengguakan telefon pintar mereka. Terdapat beberapa kesan negatif telefon pintar terhadap kanak-kanak dan remaja-remaja seperti menjejaskan pelajaran mereka, kesihatan dan sebagainya. Selain itu, kelemahan yang sah untuk rakyat di semua peringkat umur adalah gangguan tidur, kemerosotan postur dan penglihatan, kurang koordinasi, kepantasan dan kepintaran. Oleh itu, pengguna haruslah menggunakan telefon pintar dengan lebih biajk dan baik.
Kesimpulannya, telefon pintar dapat membantu pengguna dalam pelbagai activiti kerja harian. Tetapi, ia juga akan menjejaskan kehidupannya jika mereka tidak menggunakan telefon pintar mereka dengan cara yang betul dan bijak. Oleh itu, semua pengguna haruslah menggunakan telefon pintar mereka dengan cara yang lebih bijak dan baik.








