Sunday, 13 March 2016

Malaysia, Tanah Air Saya

Pada masa kini, remaja-remaja telahpun menjadi semakin kurang semangat patriotik. Beberapa rakan-rakan remaja saya tidak banyak peduli tentang negara mereka, tetapi saya peduli. Malaysia, Negara saya, tempat yang indah dan cantik, saya berbangga dengan tanah air saya. Malaysia adalah sebuah negara yang berbilang kaum. Malaysia mempunyai seramai 23.27 juta penduduk yang terdiri daripada 61 peratus orang Melayu, 30 peratus orang Cina, 8 peratus orang India dan 1 peratus orang yang terdiri daripada kumpulan etnik yang lain. Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana terdiri daripada kepelbagaian kaum, agama dan budaya, kestabilan negara dan mempunyai banyak tempat yang menarik dan cantik. Selain itu, terdapat banyak pencapaian antarabangsa yang menjadi kebanggaan negara kita. Kepelbagaian kaum, agama dan budaya merupakan ciri-ciri yang penting untuk negara kita. 

Seterusnya, Malaysia adalah sebuah negara yang berbilang kaum dan mempunyai warisan budaya yang kaya.  Konsep 'Rumah Terbuka' merupakan suatu perkara yang istimewa dan unik kepada Malaysia. Ia berlaku di mana semasa perayaan pelbagai budaya dan agama seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Gawai dan lain-lain. Semasa meraikan perayaan tertentu, rakan-rakan, keluarga dan juga orang yang tidak dikenali akan berkunjung ke rumah mereka untuk meraikan perayaan tersebut. Walaupun pengunjung mungkin datang dari kaum-kaum yang berbeza, tetepi mereka masih boleh bertolak ansur antara satu sama lain dan hidup di bawah bumbung yang sama di mana mereka bersama-sama menyambut perayaan tersebut. Ini akan membantu untuk mengukuhkan hubungan di antara mereka. Selain itu, kestabilan dan kedamaian Malaysia juga merupakan keunikan kita. Kita hidup harmoni di sebuah negara di mana tiada mempunyai peperangan dan konflik di kalangan rakyat Malaysia. Perang adalah suatu perkara yang dahsyat dan ia mungkin akan merosot dan menjejakan kehidupan manusia. Oleh itu, kita sangat bertuah kerana negara kita adalah selamat. Jadi, kita dapat hidup dengan selamat di sini. Selain itu, negara kita dibebaskan dari bencana alam seperti gempa bumi. Gempa bumi boleh membawa kematian dan memusnahkan banyak bangunan. Oleh tu, Malaysia adalah unik kerana mempunyai persekitaran yang stabil dan aman. 

Di samping itu, terdapat banyak pulau-pulau di negara kita seperti Pulau Langkawi, Pulau Redang, Pulau Ketam dan lain-lain lagi. Pulau tersebut mempunyai banyak bangunan dan tempat yang unik dan menarik. Selain itu, pulau-pulau tersebut juga mempunyai banyak penginapan yang baik dan mantap yang boleh membawa kesenangan kepada para pelancong. Berikutan itu, ada juga pencapaian antarabangsa negara kita. Pencapaian termasuk kewujudan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), litar lumbab Formula Satu (F1), Menara Kuala Lumpur dan sebagainya. 

Kesimpulannya, Malaysia merupakan sebuah negara yang unik bahawa ia mempunyai kepelbagaian kaum, agama, budaya, persekitaran yang stabil dan aman, tempat menarik dan beberapa pencapaian dalaman. Semua perkara-perkara tersebut merupakan ciri-ciri yang sangat penting kepada negara kita. Oleh itu, sebagai satu rakyat Malaysia, kita hendaklah melakukan seusuatu yang terbaik dalam mencapai cita-cita kita semua untuk tanah air kita dan sentiasa mengamalkan semangat patriotik. 

















No comments:

Post a Comment