Tuesday, 29 March 2016

Gaya Hidup Yang Sihat

Dalam masyarakat sekarang, banyak orang sedang bercakap tentang gaya hidup yang sihat. Oleh itu, terdapat banyak buku-buku dan rancangan-rancangan televisyen yang cuba untuk meyakinkan rakyat makan lebih banyak sayur-sayuran dan sentiasa pergi ke gym. Tetapi bolehkah perkara-perkara ini meningkatkan kualiti hidup kita?

Pada pendapat saya, gaya hidup yang sihat dikaitkan dengan konsep mengamalkan corak kehidupan yang baik. Contoh bagi corak kehidupan yang baik adalah merangkumi aspek gaya hidup sihat dalam pemakanan dan amalan senaman berkala yang betul. Media massa telahpun banyak kali menyiarkan berita tentang gaya hidup yang sihat untuk rakyat Malaysia. Hal ini adalah kerana sudah ada banyak kajian yang telah menyatakan bahawa kadar obesiti di kalangan rakyat Malaysia adalah tinggi. Jelas sekali, terdapat banyak gaya hidup sihat yang boleh diamalkan oleh rakyat Malaysia. Terdapat beberapa langkah boleh digambilkan oleh rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Pertama, kita mestilah mengambil tabiat makan yang baik dalam kehidupan seharian kita seperti mengambil makanan yang seimbang dan minum air sekurang-kurangnya lapan gelas setiap hari. Dengan mengambil diet yang seimbang, kita boleh mengurangkan beberapa risiko kesihatan seperti serangan jantung dan strok . Contoh diet seimbang yang sihat terdiri daripada makanan yang mempunyai  protein yang tinggi tanpa lemak seperti ikan, ayam, telur, kekacang dan sebagianya. Selain itu, karbohidrat, vitamin, dan mineral seperti kalsium, besi, dan kalium juga penting dalam mengamalkan diet yang seimbang. Seterusnya, avokado juga baik untuk kulit dan rambut kita. Tambahan pula, dengan meminum air yang lebih banyak, ia boleh mengurangkan toksin dan kembung perut yang berlebihan. Air akan membuat badan kita sentiasa hidrat supaya kita boleh bekerja dengan lebih berkesan. Oleh itu,  minum air secara teratur, nutrien dan oksigen boleh dipindahkan ke dalam sel-sel kita dan dapat mengawal suhu badan kita. Aspek pemakanan yang seimbang adalah penting dalam mengamalkan kehidupan yang sihat dan seimbang. Rakyat telahpun banyak kali diingatkan bahawa mereka perlu mengambil diet yang betul terutamanya, buah-buahan dan sayur-sayuran. Diet yang seimbang memastikan bahawa badan tertentu akan menerima nutrien yang diperlukan untuk terus hidup dalam masyarakat sekarang. Jadi, diet yang baik adalah penting bagi semua orang.

Kedua, kita mestilah mendapatkan tidur dan rehat yang cukup. Sebagai manusia biasa, kita perlu tidur sekurang-kurangnya lapan jam setiap hari. Tidur adalah salah satu aspek yang penting untuk membawa kita untuk mendapatkan gaya hidup yang sihat. Dengan mendapat tidur yang cukup, ia boleh meningkatkan kebolehan seseorang untuk menumpukan perhatian kepada pembelajaran dan ingatan di samping mengurangkan panas baran yang kebimbangan. Selain itu, tidur yang cukup akan meningkatkan keupayaan seseorang untuk melawan penyakit, meningkatkan kesihatan kardiovaskular dan meningkatkan mood. Hal ini adalah kerana ia boleh berehat fikiran kita, supaya kita boleh melakukan kerja kami dengan bijak dan kita akan mendapat lebih banyak tenaga untuk keesokan harinya. Setiap malam, kita perlu mendapatkan jumlah tidur yang betul supaya dapat bangun segar dan bertenaga. Tidak mendapat tidur yang cukup kerap boleh menyebabkan tekanan darah tinggi, pro membuat keputusan, tenaga yang rendah, kemurungan pertambahan berat badan dan sebagainya. Oleh itu, kita mestilah mendapat kerehatan yang mencukupi supaya kita dapat melakukan kerja dengan lebih baik dan bijak.



Akhinya, salah satu cara untuk menjalani gaya hidup yang sihat adalah dengan melakukan senaman secara teratur. Apabila melakukan latihan dan senaman, badan kita akan menjadi lebih segar dan sihat. Salah satu contoh senaman yang boleh kita lakukan adalah berjoging. Untuk mendapatkan gaya hidup yang sihat, kita perlu berjoging di pajakan 30-60 minit setiap tiga kali seminggu. Jogging boleh meningkatkan metabolisme dan membakar kalori kita. Selain daripada itu, Berjogging akan menyebabkan stamina kita menjadi lebih baik dan ia boleh membangunkan keupayaan kita untuk bekerja untuk sepanjang hari dan membantu untuk membawa kepda kita satu kehidupan yang bertenaga. Selain berjoging, kita boleh berenang di tasik, laut, sungai atau kolam kerana berenang adalah sesuai untuk semua orang. 

Kesimpulannya, dengan melakukan senaman setiap hari, mengambil diet yang seimbang dan mempunyai tidur yang cukup, ia boleh membawa kita kepada gaya hidup yang sihat. Malangnya, hanya sebilangan kecil dalam masyarakat kita yang telah mengikuti arahan tersebut. Dari masa ke semasa, ramai rakyat Malaysia menghadapi pelbagai penyakit. Hal ini adalah kerana mereka tidak mengamalkan cara hidup yang sihat. Oleh itu, kita mesti menyedari bahawa menjalani gaya hidup yang sihat adalah penting bagi diri sendiri. 





No comments:

Post a Comment